Monday, May 28, 2018

Resepi Kuih Kerbau Guling A.K.A Kuih Hitam



Assalamualaikum semua,mcm best je Kuih nie.. penuh dalam Fb Aku pasal kuih kerbau guling sehingga menjadi viral di media sosial.RTM pun ada p sampai  Rantau Panjang untuk nk tau sedap ke tak.Akak yg jual  cuma mengambil masa 1  jam sahaja menjual disebabkan terlampau ramai orang mai beli abis penuh jem kedai akak tu..





Info Kuih Kerbau guling!!!
Nama kuih yang berasal Dari Thailand, namanya ialah
Kanom Piakpoon. Di Thailand ia dikenali sebagai kuih hitam. Namun jika ampa masuk kelantan atau sampai di daerah Rantau Panjang, bagitau nk Kuih  KUBA GULING.Kalau ampa habaq kuih kerbau guling ,satg kot-kot orang yang jula terguling-guling gelak kat ampa.
Nak tau macam mana nak membuatnya kenalah tenguk kat
youtube
https://m.youtube.com/watch?v=Ppopa3msBJY&feature=youtu.be
pandai- pandai la translate sendiri la noh.


CARA BUAT KUIH KERBAU.GULING
200 gm gula
1/2 sudu teh kapur makan
1/2 cawan santan pekat
Air 1 liter setengah
Tempurung bakar (untuk diambil air hitamnya)
Secubit garam

Cara-cara

Campurkan kesemua bahan di atas di dalam kuali sehingga sebati. Namun jangan buka lagi api. Kacaukan sehingga sebati terlebih dahulu barulah buka api.

Setelah itu, ramuan hendaklah dikacau secara perlahan-lahan di atas api yang sederhana sehingga likat dan pekat.

Sediakan bekas yang bersih. Pastikan bekas disapu dengan sedikit minyak terlebih dahulu supaya ianya tidak melekat.

Sediakan kelapa parut dari kelapa muda. 
Pastikan apabila memarut kelapa tersebut tidak terkena pada bahagian tempurung. 
Tak sedap nanti. Masukkan sedikit garam ke dalam kelapa dan gaul sebati.

Potong kuih tadi dan gulingkan ke dalam kelapa parut tersebut.

No comments:

Post a Comment