SEJARAH PENUBUHAN KG PULAU PISANG
Kampung
Pulau Pisang yang terletak dalam Daerah Kubang Pasu,Negeri Kedah mempunyai
keunggulan tersendiri dalam lipatan sejarah. Ia bukan sahaja pernah melalui zaman
gemilang sebagai sebuah pusat pemerintahan, bahkan ditempat ini jugalah
munculnya tokoh-tokoh intelek agama yang memberi sumbangan besar dalam
perkembangan serta penyebaran agama Islam.
PROGRAM
HOMESTAY KAMPUNG PULAU PISANG,
Pengenalan
• Homestay Kampung Pulau Pisang terletak di
Mukim Jeram, Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman ,adalah sebuah kampung
tradisi. Nama Kampung Pulau Pisang ialah kerana ianya dikelilingi oleh lautan
sawah padi. Seolah-olah sebuah pulau yang terdapat banyak pokok pisang.
• Lokasi homestay Kampung Pulau Pisang terletak 2.5 km dari Pekan
Tunjang , 7 km dari Pekan Jitra dan 28 km dari Bandaraya Alor Setar.



Keistimewaan homestay Kg Pisang
• Dikelilingi sawah padi yang menghijau pada
waktu padi muda dan bertukar menjadi
keemasan pada musim menuai
• Menimba pengalaman dalam aktiviti pesawahan
dan menikmati buah-buahan tempatan terus daripada pokok. Banyak terdapat
disekeliling rumah-rumah peserta homestay.
• Aktiviti menangkap ikan air tawar seperti
menjala, memancing dan belajar menggunakan alat menangkap ikan tradisional
seperti serkap,belat ,bubu dan taut.
• Menghayati pelbagai aktiviti kebudayaan
Melayu diantaranya marhaban,berendoi,gendang silat dan seni silat. Permainan
tradisional seperti congkak,sepak raga, wau ,gasing dan permainan kanak-kanak
juga diadakan disini.
• Menikmati makanan Melayu dan juga berpeluang belajar memasak makanan bersama
keluarga angkat.
• Pengalaman melihat beruk memanjat kelapa/petai
• Merasai kehidupan kampung tradisi yang sebenarnya.
• Pekan sehari atau lebih dikenali dengan
panggilan Pekan Nat yang diadakan di Pekan Tunjang –Dua kali seminggu. ( 2.5 km dari Kampung Pulau Pisang )
No comments:
Post a Comment