Cara pemprosesan nira kelapa dan nipah hampir sama cuma kaedah digunakan berbeza kerana nira kelapa diambil daripada mayang kelapa di bahagian atas pokok. Sementara nira nipah pula dari perdu pokok nipah. Malah nira kelapa dan nipah turut berbeza dari segi aroma, kemanisan dan rasanya. Walaupun nira kelapa dan nipah boleh diminun terus dari pokok, tetapi ai perlu ditapis terlebih dahulu.
Pokok Nipah jenis tembaga paling sesuai dipilih kerana tangkai buahnya yang melentur ke bawah. Elakkan daripada memilih tangkai buah atau buah nipah yang tumbuh menegak. Buang dahan atau kulit tangkai lain suapaya ia bersih dan boleh dimulakan proses lenturan. Lenturan dimulakan dari bahagian bawah dan ke atsa selama dua minggu sehingga tangkai melentur jatuh ke bawah. Proses membentuk tangkai nipah dilakukan dua hingga tiga minggu. Ia diurut tiga hingga empat kali sebelum dipotong setiap tiga hari. Kemudian letakkan bekas untuk mengutip air nira atau tadahan bersama bekas plastik yang diikat dengan kuat dan kemas.
Khasiat Air Nira:
Air nira memiliki pH yang berkisar antara 8 sampai dengan 9. Ianya mengandungi vitamin, vitamin A, asid amino, serat, protein dan banyak lagi. Kandungan tersebut memberi khasiat dan manfaat kepada tubuh badan. Air nira nipah juga mengatasi masalah sembelit. Punca utama terjadinya sembelit ialah kekurangan serat dalam pengambilan makanan seharian. Serat sangat diperlukan oleh tubuh badan. Minuman ini sangat bermanfaat untuk menurunkan suhu panas dalam badan sama ada kanak-kanak ataupun dewasa. Kekurangan sistem kekebalan dalam tubuh menyebabkan anda mengalami demam panas. Air nira dapat menurunkan suhu dalam badan. Selain itu, Minuman ini juga mampu membantu penjagaan tulang anda. Tulang anda memerlukan vitamin untuk berfungsi dengan sempurna. Seiring dengan peningkatan usia, tulang anda makin hari makin raput kalau anda mengabaikan penjagaannya. Terutamanya bagi kaum wanita.
Minuman air nira dapat menyegarkan tubuh
disiang hari. Ini boleh memberkan tenaga kepada anda untuk bekerja.
Minuman ini akan membuatkan anda aktif sepanjang hari. Selain itu,
khasiat lain, dapat memperkuatkan otot, mengguatkan sel-sel tubuh badan,
membantu penjagaan mata dan melawaskan pencernaan.
TEL : 012-5130582 (Ariff)
Alamat ladang nipah Di kawasan MADA :
1. Ladang Nipah Ismail Bin Che Kaq
Kampung Kuala Sala ,
06900 Yan, Kedah
Tel : 017-5542354
2. Ladang Nipah Kipli
Kampung Tanah Timbul
02800,kuala Sanglang, Perlis
Tel : 017-4306245





No comments:
Post a Comment