Wednesday, May 30, 2018

HOMESTAY





Apakah Itu Homestay?


Homestay ialah rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Kaedah inap desa ini bagi menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat. Sesetengah tempat yang kecil dan terpencil tidak mempunyai hotel, resort, chalet dan sebagainya.
Konsep inap desa dapat menambah pendapatan orang kampung tradisional .
 


Apakah Program Homestay?


Program Homestay adalah pengalaman di mana pelancong tinggal bersama keluarga yang dipilih, berinteraksi dan menimba pengalaman kehidupan seharian keluarga homestay dan juga mempelajari budaya masyarakat luar bandar di Malaysia. Produk Homestay tidak digolongkan sebagai kemudahan penginapan. Ia lebih memfokuskan kepada gaya hidup dan pengalaman, termasuk budaya dan kegiatan ekonomi.
Pelancong Jepun dan Eropah tidak lagi berminat melihat bangunan tinggi dan bandar besar, sebaliknya mereka ingin mengetahui budaya dan cara hidup masyarakat tempatan serta kesenian dan masakan tradisional negara yang mereka lawati.
Pelancong juga didapati lebih berminat tinggal di kampung bersama keluarga angkat bagi membolehkan mereka mengetahui adat budaya dan kesenian masyarakat tempatan.














HOMESTAY KAMPUNG PULAU PISANG

SEJARAH PENUBUHAN KG PULAU PISANG

 Kampung Pulau Pisang yang terletak dalam Daerah Kubang Pasu,Negeri Kedah mempunyai keunggulan tersendiri dalam lipatan sejarah. Ia bukan sahaja pernah melalui zaman gemilang sebagai sebuah pusat pemerintahan, bahkan ditempat ini jugalah munculnya tokoh-tokoh intelek agama yang memberi sumbangan besar dalam perkembangan serta penyebaran agama Islam.

PROGRAM HOMESTAY KAMPUNG PULAU PISANG,

  Pengenalan

      Homestay Kampung Pulau Pisang terletak di Mukim Jeram, Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman ,adalah sebuah kampung tradisi. Nama Kampung Pulau Pisang ialah kerana ianya dikelilingi oleh lautan sawah padi. Seolah-olah sebuah pulau yang terdapat banyak pokok pisang.

      Lokasi homestay Kampung  Pulau Pisang terletak 2.5 km dari Pekan Tunjang , 7 km dari Pekan Jitra dan 28 km dari Bandaraya Alor Setar.












Keistimewaan homestay Kg Pisang

      Dikelilingi sawah padi yang menghijau pada waktu padi muda dan bertukar menjadi  keemasan pada musim menuai

      Menimba pengalaman dalam aktiviti pesawahan dan menikmati buah-buahan tempatan terus daripada pokok. Banyak terdapat disekeliling rumah-rumah peserta homestay.

      Aktiviti menangkap ikan air tawar seperti menjala, memancing dan belajar menggunakan alat menangkap ikan tradisional seperti serkap,belat ,bubu dan taut.

      Menghayati pelbagai aktiviti kebudayaan Melayu diantaranya marhaban,berendoi,gendang silat dan seni silat. Permainan tradisional seperti congkak,sepak raga, wau ,gasing dan permainan kanak-kanak juga diadakan disini.

      Menikmati makanan Melayu dan juga  berpeluang belajar memasak makanan bersama keluarga angkat.

      Pengalaman melihat beruk memanjat kelapa/petai

      Merasai kehidupan kampung tradisi yang  sebenarnya.

      Pekan sehari atau lebih dikenali dengan panggilan Pekan Nat yang diadakan di Pekan Tunjang –Dua kali seminggu.   ( 2.5 km dari Kampung Pulau Pisang )